0

Isu Labcoat

Isu Labcoat ini di UM memang pernah satu ketika dahulu menjadi satu isu hangat sehinggakan menjadi bualan ramai pelajar-pelajar dari fakulti lain yang turut membincangkan soal ini di laman sosial. Sehinggakan, ada seorang Hamba Allah ini siap tangkap gambar senior aku tengah pakai labcoat tengah-tengah malam dekat KFC Jalan Universiti. Masing-masing mengeluarkan pendapat masing-masing. Ada yang berfikiran positif. Ada juga yang memberikan komentar berbaur benci dan meluat. Apa sahaja pendapat mereka Dr Jalanan terima dan sememangnya manusia tidak dapat lari sebenarnya daripada mengata dan melakukan kesalahan. Opps ! Ya memang betul. Kita tak dapat lari daripada mengata. Melainkan kalau sekiranya kau ada jenis yang sebaik-baik manusia, sebaik-baik kejadian. Yes ! Baru kau akan jadi jenis yang tak suka mengata.

Ok la. Ini pendapat Dr Jalanan berkenaan dengan isu ini. Pertama, sememangnya semua pelajar Fakulti Perubatan, Dr maksudkan disini semua termasuklah kelima-lima jurusan di Fakulti Perubatan, sebenarnya tahu akan etika ketika berada di dalam hospital dan juga makmal. Sememangnya semua diwajibkan memakai labcoat. Kami juga dilarang sama sekali untuk memakai labcoat diluar daripada 2 kawasan ini. Makanya disini jelas. Semua warga fakulti tahu dan sedar akan perkara ini. Masalahnya timbul apabila ada sesetangah manusia yang ‘degil’ masih juga memakai labcoat walaupun ketika berada di luar (kawasan terbuka).

Apabila Dr Jalanan tanya akan kawan-kawan dan juga senior semua berikan satu alasan yang sama. Di dalam labcoat seorang pelajar perubatan sebenarnya terselit bermacam-macam benda dan kertas. Di dalam itulah kami menyimpan nota kami, disitu juga kami menyelit Statoskop, Tendon Hammer dan perlbagai lagi yang sukar diungkap dengan kata-kata. Senang cerita labcoatku almariku la. Disebabkan terlalu banyak benda diselit disitu maka kami menjadi malas untuk membukanya. Walaupun ketika itu kami berada di Food Junction untuk makan dan sebagainya. Pokoknya disini, malas la sebenarnya. Malas. Malas nak tanggalkan sebab nanti kau kena susun semula semuanya.

Dan perkara inilah yang membuatkan timbulnya isu labcoat yang sebenarnya bagi Dr Jalanan tidak sepatutnya timbul. Yang Dr Jalanan kesalkan adalah ada individu yang sanggup menangkap gambar dan kemudiannya sebarkan di laman sosial. Apa kau sebenarnya jealous? Itu bagi pihak pelajar perubatan, perkara ini memang agak sensitif untuk dibincangkan. Kerana apa yang Dr Jalanan lihat disini, kes ini sebenarnya berat sebelah. Kami langsung tidak cari fasal dengan pelajar dari jurusan lain, tapi akhirnya satu UM membaling tahi kepada kami. Dr Jalanan sejujurnya sedih bila perkara ini terjadi dulu. Sangat sedih.

Jadi kepada pelajar perubatan, mohonlah untuk kita sama-sama buka labcoat kita ketika berada di luar daripada kawasan hopsital. Untuk mengelakkan sebarang isu-isu yang tidak diingini timbul. Plus, memakai labcoat diluar kawasan yang sepatutnya sebenarnya, dengan tidak sengaja menyebabkan penyebaran bakteria dan juga virus merbahaya kepada orang lain. Ingat tu !

p/s : Kami mengaku kesalahan kami. Cuma dengan penuh rendah dirinya saya ingin menegur mereka-mereka diluar sana. Matlamat tidak menghalalkan cara. Ya. Niat kita baik sebenarnya tetapi mesti kena dengan caranya. Bukan dengan menghina, bukan dengan mengeji. Bukan. Tetapi biarlah teguran kita itu dilakukan dengan lebih berhemah. Barulah layak digelar Pengikut Ajaran Nabi Muhammas S.A.W.

Sekian,

Doktor Jalanan

0

FARMASI VS DOKTOR PERUBATAN

Satu cerita mengenai ragam mereka bergelar warga Fakulti Perubatan Universiti Malaya.

Kisah ini berkenaan dengan 2 golongan. Golongan A, Pelajar Jurusan Farmasi. Golongan B, pelajar Jurusan Doktor Perubatan. Kadang-kadang aku tak faham. Kenapa sampai nak bergaduh. Kenapa masing-masing nak tunjukkan yang jurusan masing-masing adalah lebih baik dan lebih penting peranannya di dalam sesebuah hospital. Terutama sekali mereka yang mengambil Jurusan Farmasi. Selalu saja mereka katakan yang doktor selalu sahaja membuat kesilapan dalam memberikan perskripsi ubat kepada pesakit mereka. Yang lebih membingungkan, kata mereka juga, Farmasi akan selalu bergaduh dengan doktor.

Pertama sekali, apa kau tuhan yang bias lari dari kesilapan? Apa kau sempurna sangat? Apa kau tidak akan pernah buat silap? Perkara yang menjengkelkan aku disini ialah apabila mereka dengan riaknya hebahkan kepada semua yang mereka ini akan selalu bergaduh dengan para doktor bila bekerja nanti. Aku macam.. Whatt?? Kau ni memang kaki gaduh ke? Memang seronok ke bergaduh ni? Tak faham. Masing-masing nak rasa diri tu hebat dan superior. Sangatlah tak faham.

Mohon sedar diri, hospital berfungsi dengan kerjasama semua pihak. Bukan diantara doktor dan farmasi sahaja. Malah juga dengan pekerja kebersihannya. Kita saling memerlukan. Semua ada peranan masing-masing. Janganlah kau sibuk sangat nak cakap yang kau tu sangat penting sehingga menidakkan hak orang lain.

Para Jurusan Doktor Perubatan pula asyik dengan ego dan rasa hidung tingginya. Merasakan kaulah paling pandai dalam Universiti. Sampaikan labcoat kau tu, kau heret sampai ke depan Dewan Tunku Canselor. Apa kau gila? Tak faham. Kadang-kadang aku cuba untuk bersifat positif, tapi sampai satu tahap akal aku tidak membenarkannya. Sampaikan aku sendiri malu dengan jurusan yang aku ambil dek kerana ada terdengar kawan-kawan dari fakulti lain yang menghina mengKeji mereka-mereka yang berlabcoat ke sana ke mari tu. Malu.

Belum lagi kes yang yang tak pernah gagal. Kau rasa kaulah paling pandai dan hebat sehinggakan kau tak dapat terima pandangan kawan-kawan kau yang lain. Pernah aku alami situasi di mana seorang sahabat bertanyakan soalan kepada kawan yang duduk bersebelahan dengan aku. Dia tanya.. Kemudian kawan aku ni jawablah dengan jawapan yang terlintas di kepala dia. Aku yakin jawapan dia salah. Maka aku dengan rendah dirinya menjawab. Tahu tak? Langsung tak diendahkannya. Ya. Mungkin sebab aku selalu gagal dalam peperiksaan. Dia tak layan jawapan aku. Lalu dia pun membuka helaian nota yang berada di dalam fail berwarna hijau dia lalu diselaknya ke mukasurat yang diyakini mengandungi jawapan berkenaan dengan yang dia persoalkan sebentar tadi. Guess what? Jawapan yang aku bagi tadi sebenarnya betul. Siapa tak terasakan. Nak kata dia tak dengar, rasanya belum pernah lagi orang tak dengar suara aku yang agak nyaring ni. Sedih. Sangat menyedihkan. Malah menjengkelkan.

Itulah yang aku rasa dan alami. Banyak lagi sebenarnya. Sendiri fikir. Tepuk dada tanya iman. Apa perlu untuk kita berkelakuan sedemikian?

0

Dilema Perubatan

Ayuh kita mulakan.

Tulisan ini khas untuk sesiapa adik-adik lepasan Matrikulasi, Asasi mahupun STPM yang bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan. Untuk pengetahuan semua, perubatan merupakan satu kursus yang semua anggap sebagai satu Takhta Kemegahan yang mana barangsiapa menjadi salah seorang ahlinya, maka kau la paling mulia, paling hebat dalam keluarga kau. Tak! Jujur aku cakapkan, tidak sama sekali. Kepada mereka yang sebenarnya tidak pernah menanam impian untuk menjadi seorang doktor, maka janganlah pilih jurusan ini sekiranya anda bukan jenis yang tahan dan kental. Dengan erti kata lain, anti-stress maka ini bukan makanan anda. Jangan hanya disebabkan kau peroleh 4 flat, maka perubatan menjadi pilihan utama korang semua. Jangan. Untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, sememangnya memerlukan minat yang mendalam. Memerlukan semangat yang membara. Kalau korang jenis yang gemar untuk bersuka RIA, maka main jauh-jauh. Jangan ambil perubatan.

Ramai diantara rakan-rakan aku mengambil jurusan perubatan bukan kerana mereka suka atau minat, tetapi lebih kepada menuruti suruhan keluarga. Paksaan keluarga lebih jelas. Ada juga yang menyambung pelajaran dalam bidang ini hanya kerana mereka tidak tahu untuk sambung jurusan apa. Atas alasan, ‘Aku nak belajar benda yang menjamin masa depan, boleh bagi aku kerja.’

Dik ! Semua jurusan ada kerjanya, insyaAllah. Yang penting kau usaha lebih sikit la.

Kalau permulaannya bukan dengan hati yang tak rela, maka jangan mengharapkan kebahagiaan selama 5 tahun kau belajar. Boleh jadi, disebabkan kau tak minat, maka kau gagal berkali-kali. Ini juga yang dihadapi rakan-rakan aku juga diri aku sendiri. Jangan paksa diri kalau kau sendiri tak mahu untuk teruskan dalam bidang ini.

Macam aku sendiri, aku langsung tak minat untuk menjadi seorang doktor. Kerana cita-cita asal aku adalah untuk menjadi seorang pensyarah dalam bahagian Matematik dan berusaha sehingga Berjaya memperolehi gelaran ‘Profesor’. Selepas tamat sahaja pengajian aku di Pusat Asasi Sains, aku telah membuat satu putaran 360 darjah dengan mengambil jurusan Perubatan. Pada mulanya, memang tak rasa apa-apa. Tapi bila kau mula belajar dan mula sedar yang ianya bukan sekadar biologi yang menghafal. Bukan sekadar matematik yang harus difahami. Bukan. Ianya lebih daripada itu semua.

Bila kau mula gagal dan gagal tanpa henti, pada ketika itu kau mula tanya pada diri sendiri, apa benar jalan yang kau pilih. Apa kau sebelum ini pasti dan yakin dengan pilihan yang kau buat dulu masa mengisi UPU? Tapi semuanya dah terlambat buat aku. Sebab aku sekarang ini aku sudah pun berada di tahun ketiga. Sudah setengah perjalanan aku. Maka dengan itulah aku terpanggil untuk menulis disini. Berkongsi cerita dan pengalaman. Agar kau berfikir.

Ramai juga diantara junior-junior aku yang terpaksa menukar jurusan kepada jurusan yang lain atas alasan ‘tak boleh bawak’ dan sebagainya. Tak pe. Selagi kau temui jalan dan yakin dengan apa yang kau buat, maka teruskan. Jangan toleh kiri kanan. Buat keputusan untuk diri kau sendiri. Bukan biarkan orang keliling buat keputusan untuk kau.

Tetapi ada juga seorang senior yang aku kenal. Dahulunya dia mengambil jurusan perubatan atas paksaan keluarga. Mak ayah dia yang paksa dia untuk ambil perubatan. Tapi Alhamdulillah dia lulus 5 tahun pengajian tanpa perlu repeat tahun dan Berjaya menjadi seorang doktor. Cumanya perangai dia agak berbeza sedikit ketika berhadapan dengan pesakit. Dia agak kasar melayan karenah pesakit.

Pilihan semuanya terletak pada tangan korang. Nak tak nak semuanya ada pada diri korang sendiri. Sebab aku juga percaya yang minat boleh dipupuk. Bakat pun boleh diasah. Jadi buatlah pilihan dengan bijak. Maaf sekiranya penulisan ini agak kelam kabut. Sebab menulis dalam pada diri tak stabil. Begini la jadinya. Semoga anda semua membuat keputusan dengan bijak dan jangan tersalah langkah. Sebaiknya, buatlah solat istikharah terlbih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

Salam Sayang,

Doktor Jalanan.

2

Cukup Untuk Pengenalan

PASUM

Seperti kiriman yang lepas. Ya. Memang betul. Aku adalah seorang pelajar perubatan tahun ketiga (sepatutnya). Atau dengan lebih spesifik lagi, pelajar jurusan Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan atau dengan nama singkatnya MBBS. Asal daripada sebuah negeri mempunyai 3 jalur warna berdaulat. Cuba teka. J . Perjalanan aku Kuala Lumpur ini bermula di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Sebuah pusat asasi yang aku kira agak terbaik dan terhebat mengalah pusat asasi lain yang ada di Negara ini. Kerana apa? Kerana aku adalah produknya. Walaupun bangga dengan rumah sendiri, namun aku masih menyimpan rasa kekok bila bersua dengan mereka yang datangnya dari Kumpulan N. Kerana bagi aku, mereka tidak lain tidak bukan adalah manusia berbangsa Melayu / Peribumi dicelup Eropah disuap Britain. Maka terhasillah sekumpulan manusia yang kesana kemari bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mungkin. Ini persepsi aku terhadap mereka. Anda bebas untuk menghentam.

Tolek ke tepi kisah mat-mat serta minah-minah salleh itu. Di pusat asasi inilah aku belajar berdikari dengan sebenar-benar berdikari. Kerana ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki, menjelajah ke negeri orang. Aku sebelum ini pernah bersekolah asrama selama 3 tahun di sebuah sekolah tinggalan British dan kemudiannya dek kerana ditinggalkan kawan-kawan yang semuanya ke MRSM dan SBP, maka aku tiada lagi sebab yang kukuh untuk terus tinggal di penjara dunia itu (asrama). Aku pun mengambil keputusan untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah. Hanya 15 minit perjalanan. Nampak tak betapa dekatnya asrama dengan rumah?

PASUM mengajar aku yang sekiranya kita tidak berusaha, maka kita akan ketinggalan jauh ke belakang. Jelas terbukti bila kau melengah-lengahkan masa untuk menyiapkan tutorial, maka akhirnya kau dengan selamba meminjam tutorial rakan sekelas kau kemudian dengan bahagianya meniru bulat-bulat apa yang kawan kau telah siapkan dengan sepenuh usaha. Itu tanpa sedar mengajar kita sesuatu. Tiru. Kemudian bila dapat markah penuh. Kau bangga. Heboh satu kelas. Kononnya itu semua usaha kau. Bullshit!

PASUM juga mengajar aku perlunya untuk kita semua menimba ilmu dengan ikhlas. Kalau tak ikhlas, maka kau akan rasa seperti dunia kebahagiaan kau telah berakhir. Telah pupus sejak kau pertama kali menerima keputusan SPM yang acah-acah straight A tu. Pupus. Sebab apa? Sebab tak enjoy belajar. Sebab tak seronok. Sampai bila nak seronok aje? Sampai ke tua? Seronok tak boleh bagi anak bini makan ya. Tak ! Yang boleh bagi keseronokan adalah apabila kita mengecapi kejayaan. Ya ! Kejayaan yang datangnya dari hasil usaha sendiri.

PASUM mengajar aku untuk tidak berputus asa. Aku ini asalnya dari sebuah sekolah yang kedudukannya di tepi jalan. Tak dipandang sesiapa. Pejabat Pendidikan Daerah pun rasanya blacklist kot sekolah aku tu. Jadinya pertama kali bergelar warga Kuala Lumpur, maka sedikit kejutan budaya aku alami. Membuatkan pada peperiksaan pertengah semester 1, aku hanya mampu memperoleh 6 A dan 2 B. Manakala rakan-rakan aku yang ‘hebat’, ‘dahsyat’ dan ‘mantap’ dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sekolah Melayu (MRSM) semuanya memperoleh 8 A. Habis dicanang satu kampung. Maka sejak dari itu, aku tambah usaha dan kegigihan. Belajar dengan lebih ganas dan tambah lebih power . Alhamdulillah, selepas peperiksaan selepas itu semuanya aku lulus dengan cemerlang. Semuanya 8A. Agaka berbangga dengan diri sendiri. Tapi semuanya itu hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT. Kalau Dia nak Tarik, bila-bila masa pun boleh.

Itulah dia. Permulaan kepada perkenalan kita. Konklusinya, aku adalah bekas Pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Dan sekarang ini masih berada di university yang sama Cuma kepayahannya sahaja berbeza. Salam Perkenalan dari saya Dr Jalanan.

4

Salam Perkenalan semua.

Tak tahu nak mula dari mana. Tujuan aku menulis disini adalah untuk berkongsi cerita kepada manusia-manusia di luar sana berkenaan dengan dunia perubatan. Berkenaan pengalaman menjadi seorang pelajar perubatan. Bukan untuk bermegah-megah. Kerana percayalah tiada yang megah menjadi sebahagian daripada Hamba Dunia Perubatan. Tiada yang indah kalau hati tak rela. Percayalah.

Tujuan aku menulis ini juga atas sebab dah lama sungguh aku tak menulis. Kali terakhir aku menulis karangan adalah pada ketika berusia 18 tahun. Menulis karangan Bahasa Inggeris ketika menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET) dan keputusan yang aku terima hanyalah cukup-cukup makan. Tetapi tetap bersyukur kerana Berjaya juga aku ditempatkan di sebuah university terkemuka di Kuala Lumpur dalam jurusan Perubatan.

Cerita aku mungkin menarik, mungkin juga tidak bagi sesetengah orang. Kerana aku percaya, lain orang lain tasteinya. Sama seperti golongan-golongan mak nyah, songsang diluar sana. Ada yang suka lelaki tinggi, bermisai dan berambut panjang, ada juga yang suka pada mereka yang berbadan tegap dan mukanya iras-iras Zayn Malik. Taste ini sangat subjektif. Terpulang kepada pembaca. Kerana niat aku hanya untuk berkongsi cerita. Segalanya yang aku kongsikan disini adalah benar-benar belaka. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.

Ringan-ringankanlah tangan anda untuk menulis kepada saya memberikan kritikan. Tidak kira ianya membina ataupun tidak, aku akan pasrah membacanya. Sekiranya komentar yang diberi agak kasar, maka akan aku anggap ianya sebagai satu latihan sebelum aku menjadi doktor nanti. InsyaAllah. Sama-samalah doakan agar saya Berjaya menjadi seorang doktor. Ataupun sekurang-kurangnya bergraduasi sebagai seorang graduan Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS).

Cukup rasanya untuk permulaan ini. Jumpa lagi lain kali ya.

0

Keliru

keliru

Pada mulanya.

Memang benar. Ini bukan jalan yang aku pilih. Ini bukan jalan yang aku mahukan. Mungkin sebab sebelum ini tak pernah aku didedahkan dengan dunia perubatan.

Hanya tahu yang kalau jadi doktor, gaji tinggi. Hidup mewah. Kaya raya. Kalau jadi doktor, orang keliling hormat. Orang keliling bangga malah menyanjungi diri kau.

Tapi menjadi seorang doktor adalah lebih teruk daripada itu semua.

Menjadi seorang doktor adalah jauh lebih sukar daripada yang disangka.

Namun, pada saat dan ketika ini, kita mengerti yang sebenarnya. Menjadi seorang doktor itu memerlukan minat dan niat yang murni. Kerana pekerjaannya yang berhadapan dengan nyawa manusia. Berhadapan dengan karenah manusia yang kadangkala sukar untuk kita jangkakan. Berhadapan dengan suasana yang tegang sehingga kita sendiri sudah berputus asa untuk teruskan.

Menjadi seorang doktor bukan sekadar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Kerana Ianya tidak membawa apa-apa makna.

Mungkin ada yang tidak mengerti. Tapi tunggu dan lihat. Nilai dengan mata hati.

0

Berlari

beginning

BERLARI

Kemegahan dan kegemilangan,

Tanpa kita sedar,

Itu yang kita kejar dan kita buru,

Berlari mengejar mengendahkan segala yang ada disekeliling kita,

Kita berlari dan terus berlari tanpa menoleh,

Tanpa peduli hati siapa yang terluka,

Hati siapa yang cedera,

Hati siapa yang sakit,

Hati siapa yang sedih,

Dengan angkuh engkau mendongak ke langit,

Kau terus berlari,

Bagi mencapai impian itu.

Lalu engkau lupa, siapa yang dibelakang.