Cukup Untuk Pengenalan

PASUM

Seperti kiriman yang lepas. Ya. Memang betul. Aku adalah seorang pelajar perubatan tahun ketiga (sepatutnya). Atau dengan lebih spesifik lagi, pelajar jurusan Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan atau dengan nama singkatnya MBBS. Asal daripada sebuah negeri mempunyai 3 jalur warna berdaulat. Cuba teka. J . Perjalanan aku Kuala Lumpur ini bermula di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Sebuah pusat asasi yang aku kira agak terbaik dan terhebat mengalah pusat asasi lain yang ada di Negara ini. Kerana apa? Kerana aku adalah produknya. Walaupun bangga dengan rumah sendiri, namun aku masih menyimpan rasa kekok bila bersua dengan mereka yang datangnya dari Kumpulan N. Kerana bagi aku, mereka tidak lain tidak bukan adalah manusia berbangsa Melayu / Peribumi dicelup Eropah disuap Britain. Maka terhasillah sekumpulan manusia yang kesana kemari bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mungkin. Ini persepsi aku terhadap mereka. Anda bebas untuk menghentam.

Tolek ke tepi kisah mat-mat serta minah-minah salleh itu. Di pusat asasi inilah aku belajar berdikari dengan sebenar-benar berdikari. Kerana ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki, menjelajah ke negeri orang. Aku sebelum ini pernah bersekolah asrama selama 3 tahun di sebuah sekolah tinggalan British dan kemudiannya dek kerana ditinggalkan kawan-kawan yang semuanya ke MRSM dan SBP, maka aku tiada lagi sebab yang kukuh untuk terus tinggal di penjara dunia itu (asrama). Aku pun mengambil keputusan untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah. Hanya 15 minit perjalanan. Nampak tak betapa dekatnya asrama dengan rumah?

PASUM mengajar aku yang sekiranya kita tidak berusaha, maka kita akan ketinggalan jauh ke belakang. Jelas terbukti bila kau melengah-lengahkan masa untuk menyiapkan tutorial, maka akhirnya kau dengan selamba meminjam tutorial rakan sekelas kau kemudian dengan bahagianya meniru bulat-bulat apa yang kawan kau telah siapkan dengan sepenuh usaha. Itu tanpa sedar mengajar kita sesuatu. Tiru. Kemudian bila dapat markah penuh. Kau bangga. Heboh satu kelas. Kononnya itu semua usaha kau. Bullshit!

PASUM juga mengajar aku perlunya untuk kita semua menimba ilmu dengan ikhlas. Kalau tak ikhlas, maka kau akan rasa seperti dunia kebahagiaan kau telah berakhir. Telah pupus sejak kau pertama kali menerima keputusan SPM yang acah-acah straight A tu. Pupus. Sebab apa? Sebab tak enjoy belajar. Sebab tak seronok. Sampai bila nak seronok aje? Sampai ke tua? Seronok tak boleh bagi anak bini makan ya. Tak ! Yang boleh bagi keseronokan adalah apabila kita mengecapi kejayaan. Ya ! Kejayaan yang datangnya dari hasil usaha sendiri.

PASUM mengajar aku untuk tidak berputus asa. Aku ini asalnya dari sebuah sekolah yang kedudukannya di tepi jalan. Tak dipandang sesiapa. Pejabat Pendidikan Daerah pun rasanya blacklist kot sekolah aku tu. Jadinya pertama kali bergelar warga Kuala Lumpur, maka sedikit kejutan budaya aku alami. Membuatkan pada peperiksaan pertengah semester 1, aku hanya mampu memperoleh 6 A dan 2 B. Manakala rakan-rakan aku yang ‘hebat’, ‘dahsyat’ dan ‘mantap’ dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sekolah Melayu (MRSM) semuanya memperoleh 8 A. Habis dicanang satu kampung. Maka sejak dari itu, aku tambah usaha dan kegigihan. Belajar dengan lebih ganas dan tambah lebih power . Alhamdulillah, selepas peperiksaan selepas itu semuanya aku lulus dengan cemerlang. Semuanya 8A. Agaka berbangga dengan diri sendiri. Tapi semuanya itu hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT. Kalau Dia nak Tarik, bila-bila masa pun boleh.

Itulah dia. Permulaan kepada perkenalan kita. Konklusinya, aku adalah bekas Pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Dan sekarang ini masih berada di university yang sama Cuma kepayahannya sahaja berbeza. Salam Perkenalan dari saya Dr Jalanan.

2 thoughts on “Cukup Untuk Pengenalan

Leave a comment